
BENTUK WAJAH
Sebelum memilih bingkai kaca mata, terlebih dahulu haruslah mengenalpasti apakah bentuk wajah anda. Tentunya anda tidak mahu wajah yang bulat kelihatan lebih bulat, atau wajah yang bujur bertambah bujur hanya kerana pemilihan bingkai kaca mata yang tidak sesuai. kann?
BERSEGI
Wajah ini mempunyai karakteristik dahi dan dagu lebar, tulang pipi serta tulang rahang yang jelas. Untuk mewujudkan ilusi bentuk wajah bujur, pilihlah bingkai kaca mata yang tidak melebihi lebar wajah. Bingkai dengan bentuk mata kucing atau oval klasik adalah antara pilihan yang tepat.
BUJUR
Wajah bujur atau oval memiliki karakteristik tulang pipi tinggi dan dagu yang lebih kecil lebarnya daripada dahi. Dengan ukuran yang seimbang sebenarnya hampir semua jenis bingkai kaca mata sesuai dengan bentuk wajah ini. Untuk menjaga keseimbangan wajah, carilah bingkai yang sama atau lebih lebar dari bahagian wajah yang kelihatan paling lebar.
BULAT
Wajah bulat memiliki karakteristik dahi yang luas, pipi yang penuh dan dagu bundar. Antara panjang dan lebar wajah agak simetri. Untuk bentuk wajah ini, pilih bingkai kaca mata yang bersegi dengan warna gelap. Hindari bingkai kecil bundar.
HATI
Wajah ini memiliki karakteristik dengan dahi yang luas namun dagu sempit. Untuk bentuk wajah ini, haruslah memperhatikan keseimbangan antara bentuk wajah dan bingkai kaca mata. Bingkai sebaiknya tidak lebih lebar daripada dahi namun melebar di bahagian bawah. Contoh terbaik adalah kaca mata tanpa bingkai atau frameless. Hindari warna yang terlalu gelap kerana dapat merosak garis wajah. Warna coklat muda dan kelabu adalah pilihan warna yang tepat.
No comments:
Post a Comment