
TIPS PEMILIHAN KACA MATA
PAKAI JENIS HIJAB ANDA SELALU DIPAKAI
Ini penting, ye! jika anda selesa dengan tudung bawal, apabila mencube cermin mata haruslah dipastikan bahagian tepi tudung tidak kelihatan kembang dengan cermin mata yang dipilih. Begitu juga aplikasinya jika anda memakai selendang daripada variasi fabrik lain.
SAIZ BINGKAI
Saiz bingkai yang sesuai untuk wanita Asia adalah 45 mm hingga 49 mm bergantung kepada bentuk wajah.
KAKI BINGKAI LURUS DAN HALUS
Ini penting bagi memastikan apabila anda membuka kaca mata, rambut tidak tertarik keluar.
BINGKAI ANTI KARAT
Kaki bingkai akan berada di dalam hijab anda. Apabila anda bersukan dan berpeluh, secara tidak langsung peluh akan melekat pada kaki bingkai.
TIP PEMAKAIAN HIJAB
- Jika memakai selendang, pastikan lilitannya kemas agar pemakaian kaca mata lebih selesa dan tidak nampak serabut.
- Hijab Syria sangat sesuai bagi yang berkaca mata kerana ia mempunyai dua bahagian iaitu inner dan outer. Lebih kemas dan mudah!
- Hindari memakai hijab yang terlalu ke depan. Selain menggangu pandangan dengan bingkai kaca mata, gaya hijab ke depan juga memberi kesan yang lebih berat
- Jika ingin mengenakan aksesori, pilih yang bersaiz sederhana untuk mengelakkan ianya kelihatan sarat. Tambahan pula anda sudah mengenakan kaca mata.
Hai awak :) pemakaian hijab ni sesuai tak untuk setiap keadaan?
ReplyDelete