Monday, 24 February 2014

Style Bila Berhijab :D







Hijab? Itulah... bagi wanita yang mengenakan tudung dan mengikuti fashion trend hijab yang berkembang saat ini. Pada tahun-tahun sebelumnya kaum hawa yang mengenakan tudung berpenampilan kurang stylish. Mereka hanya mengenakan baju yang sangat sederhana dan mengenakan tudung biasa. Di era modern saat ini, wanita yang mengenakan hijab semakin kreatif dan stylish dalam hal berpenampilan. Namun, tidak jarang juga ditemukan para wanita berhijab yang merasa bosan dengan penampilannya. hmmm... jika Anda yang mengalami hal ini, saya akan Share kan di Sini Tips untuk berpenampilan agar kelihatan cantik dan stylish:
1. Cari Inspirasi atau Ikon



Apabila Anda tidak pandai untuk berpenampilan, cube cari inspirasi seperti di internet, laman sosial seperti FB, instagram, twiter. Dekat internet banyak fashion hijab yang boleh anda tengok dan fashion hijab terkini. Selain internet juga Anda boleh dapatkan melalui majalah yang berhubungan dengan fashion, hijab dan wanita. Cara-cara tersebut anda boleh mengubah penampilan dan fashion terkini.


2. Berani Tampil Berbeza



                                                      dian pelangi fashion style Tips untuk Hijabers: Agar Selalu Stylish Berhijab   sharing di sini berbagi ide, cerita, pengalaman, dan ilmu

Bila Anda bosan dengan hanya mengenakan jeans, baju lengan panjang, kini tampil lah berbeza dengan gaya fashion yang trend. Misalnya, berani mencube dengan “main kombinasi warna” pilih salah satu fashion yang menarik, seperti memakai warna yang cerah, motif baju dan unik, gaya yang berbeza dan gunakan aksesori seperti brush, rantai, gelang. 


3. Memilih Tempat Belanja Fashion Hijab


                                                    fashion hijab Tips untuk Hijabers: Agar Selalu Stylish Berhijab   sharing di sini berbagi ide, cerita, pengalaman, dan ilmu


Jangan berbelanja hanya di satu tempat atau kedai sajeee. Sebaiknya Anda kunjungi berberapa kedai yang menjual busana muslimah yang trend. Bila Anda merasa malas untuk mengunjungi kedai, anda boleh berbelanja dan membeli belah melalui secara online seperti melalui Facebook, Twitter, multiply, instagram, dan lain-lain. Tetapi hati-hati ye jika membeli secara online, banyak juga penipuan yang berlaku sekarang.


4. Memanfaatkan Koleksi Lama



Jika koleksi baju Anda sudah terlalu banyak, sayang juga jika Anda berbelanja terlalu banyak demi fashion yang sedang trend. Anda dapat memanfaatkan koleksi lama Anda. anda juga boleh Mix and match baju lama dengan tudung yang ada di almari Anda. 



5. Make-up


                                                dian pelangi hijab Tips untuk Hijabers: Agar Selalu Stylish Berhijab   sharing di sini berbagi ide, cerita, pengalaman, dan ilmu


wanita memang layak kelihatan cantik dan anggun. Tak lengkap jika Anda sudah sangat stylish dalam berpakaian dan trendy berhijab, namun wajah Anda kelihatan pucat. Untuk itu, kite seharusnye lahh gunakan make Up agar penampilan kite sebagai wanita yang berhijab sempurna dann kelihatan WOWW di khalayak orang ramai. Selain itu kite juga perlu memakai bedak, agar wajah anda tidak terlihat kusam dan berminyak.  

lapikkan shading pada area pipi anda yang perlu untuk menutupi pipi yang cubby/tulang pipi yang terlalu menonjol. memakai eyeliner dan maskara juga sangat penting untuk mencantikkan mata anda. Pensil atau eyebrow pencil juga sangat perlu sebagai make up agar bulu mata anda sempurna. Dan tak lupa, pakai lipglos atau lipstik yang sesuai dengan baju yang anda kenakan. Lipstik pink dan merah sangat membantu anda agar tidak nampak pucat.

Berhijab yang stylish dapat dilakukan oleh semua wanita. Yang terpenting adalah anda menjaga kebersihan, menjaga badan, berpenampilan sopan, kreatif memadankan koleksi baju dan tudung. Dengan kesemuanya itu, Anda akan tampil menarik dan menjadi hijab yang anggun. 







Mengayakan Fashion Tudung Trend Bagi Remaja

Fashion berhijab adalah sangat simbolik dengan wanita muslimah. Namun begitu semakin hari semakin terdapat pelbagai fashion tudung telah dipasarkan diluar sana. Terdapat pelbagai tudung yang telah direka oleh sebahagian golongan pengikut fashion diluar sana. 


Dari segi pemilihan material tudung pula terdapat dari pelbagai jenis. Diantara jenis material tudung yang terdapat dipasaran adalah terdiri daripada material chiffon, satin, cotton dan juga lycra (getah). Ada juga sebahagian jenis tudung yang dihasilkan dari gabungan 2 atau lebih material kain untuk menghasilkan sejenis tudung.

Bentuk rupa paras seseorang muslimah juga adalah salah satu faktor untuk pemakaian dan pemilihan jenis tudung. Ini kerana ada sedikit kesesuaian yang boleh kita lihat dari pemilihan tudung untuk rupa bentuk paras seseorang muslimah. Oleh itu sangat penting bagi seseorang muslimah untuk mencuba serta mencari jenis tudung atau selendang yang bersesusaian digayakan oleh individu tersebut.

Bagi fesyen tudung sarung kebiasaannya ia lebih sesuai digayakan bagi seseorang muslimah yang telah meningkat dewasa. Contohnya, ia lebih bersesuaian digayakan oleh kaum ibu dan juga wanita yang berusia bermula dari lingkungan 30an. Namun begitu fesyen selendang pula ia lebih bersesuaian jika digayakan oleh anak-anak belasan tahun dan golongan remaja. Kerana ia akan lebih tampak sesuai dengan imej ceria dan keremajaan.




Pemilihan warna juga memainkan peranan yang penting bagi pengayaan tudung. Ada yang mengikut kesesuaian warna kulit untuk pemilihan warna tudung. Namun ada juga pemilihan warna tudung dibuat mengikut kepadanan warna pakaian yang bersesuaian ketika masa itu. Sebahagian juga memilih warna tudung mengikut situasi. Contohnya, mengayakan tudung yang berwarna terang untuk situasi yang ceria manakala mengayakan tudung yang lembut dan sesuai pada waktu santai.

Pengayaan tudung juga harus disesuaikan dengan faktor situasi tempat. Contohnya, pemilihan corak yang lebih abstrak akan digayakan ketika beriadah atau berkunjung ke pusat beli belah. Sebaliknya pula pemilihan tudung dengan corak yang lebih ringkas atau tidak bercorak akan digayakan ke pejabat dan majlis-majlis lebih formal.


Tudung yang semakin banyak dihasilkan dipasaran pula boleh didapati dibanyak tempat antaranya di pasar raya, pusat beli belah, pasar malam, kiosk kecil dan terbaru kita boleh mendapatkannya melalui pembelian menerusi online. Pembelian menerusi online biasanya boleh kita dapati melalui penjualan di Facebook dan juga di banyak blogspot.


Mengenai penjenamaan juga banyak kita boleh dapati di pasaran sekarang. Diantara jenama yang ada di Malaysia ini antaranya jenama tudung Ariani, tudung Fareeda, tudung Hajaba, tudung Ratu dan pelbagai lagi.Tidak terkecuali juga tudung yang dihasilkan dengan pelbagai penjenamaan dari pihak peniaga sendiri.

Fesyen bertudung juga telah dapat diterima oleh serata dunia namun ia telah menjadi satu ikon dan tuntutan Islam buat golongan muslimah sejak dulu lagi. Fesyen bertudung bukan la lagi menjadi perkara yang asing pada industri fesyen kita sekarang kerana ia juga telah setaraf dengan fesyen pakaian yang sedia ada dan juga kelengkapan diri kita yang lain.



Saturday, 22 February 2014

TIPS !




TIPS PEMILIHAN KACA MATA

PAKAI JENIS HIJAB ANDA SELALU DIPAKAI
Ini penting, ye! jika anda selesa dengan tudung bawal, apabila mencube cermin mata haruslah dipastikan bahagian tepi tudung tidak kelihatan kembang dengan cermin mata yang dipilih. Begitu juga aplikasinya jika anda memakai selendang daripada variasi fabrik lain.

SAIZ BINGKAI
Saiz bingkai yang sesuai untuk wanita Asia adalah 45 mm hingga 49 mm bergantung kepada bentuk wajah.

KAKI BINGKAI LURUS DAN HALUS
Ini penting bagi memastikan apabila anda membuka kaca mata, rambut tidak tertarik keluar.

BINGKAI ANTI KARAT
Kaki bingkai akan berada di dalam hijab anda. Apabila anda bersukan dan berpeluh, secara tidak langsung peluh akan melekat pada kaki bingkai.






TIP PEMAKAIAN HIJAB

  • Jika memakai selendang, pastikan lilitannya kemas agar pemakaian kaca mata lebih selesa dan tidak nampak serabut.
  • Hijab Syria sangat sesuai bagi yang berkaca mata kerana ia mempunyai dua bahagian iaitu inner dan outer. Lebih kemas dan mudah!
  • Hindari memakai hijab yang terlalu ke depan. Selain menggangu pandangan dengan bingkai kaca mata, gaya hijab ke depan juga memberi kesan yang lebih berat
  • Jika ingin mengenakan aksesori, pilih yang bersaiz sederhana untuk mengelakkan ianya kelihatan sarat. Tambahan pula anda sudah mengenakan kaca mata.







SIKACA MATA HIJABI !


Ada yang beranggapan berkaca mata menyukarkan mereka untuk bergaya dengan hijab, tambahan pula pada masa kini terdapat pelbagai jenis lilitan dan jenis hijab. Usah gusar... saya ade Tip buatmu si hijabi berkaca mata !



BENTUK WAJAH 
Sebelum memilih bingkai kaca mata, terlebih dahulu haruslah mengenalpasti apakah bentuk wajah anda. Tentunya anda tidak mahu wajah yang bulat kelihatan lebih bulat, atau wajah yang bujur bertambah bujur hanya kerana pemilihan bingkai kaca mata yang tidak sesuai. kann?


BERSEGI
Wajah ini mempunyai karakteristik dahi dan dagu lebar, tulang pipi serta tulang rahang yang jelas. Untuk mewujudkan ilusi bentuk wajah bujur, pilihlah bingkai kaca mata yang tidak melebihi lebar wajah. Bingkai dengan bentuk mata kucing atau oval klasik adalah antara pilihan yang tepat.


BUJUR
Wajah bujur atau oval memiliki karakteristik tulang pipi tinggi dan dagu yang lebih kecil lebarnya daripada dahi. Dengan ukuran yang seimbang sebenarnya hampir semua jenis bingkai kaca mata sesuai dengan bentuk wajah ini. Untuk menjaga keseimbangan wajah, carilah bingkai yang sama atau lebih lebar dari bahagian wajah yang kelihatan paling lebar.


BULAT
Wajah bulat memiliki karakteristik dahi yang luas, pipi yang penuh dan dagu bundar. Antara panjang dan lebar wajah agak simetri. Untuk bentuk wajah ini, pilih bingkai kaca mata yang bersegi dengan warna gelap. Hindari bingkai kecil bundar.


HATI
Wajah ini memiliki karakteristik dengan dahi yang luas namun dagu sempit. Untuk bentuk wajah ini, haruslah memperhatikan keseimbangan antara bentuk wajah dan bingkai kaca mata. Bingkai sebaiknya tidak lebih lebar daripada dahi namun melebar di bahagian bawah. Contoh terbaik adalah kaca mata tanpa bingkai atau frameless. Hindari warna yang terlalu gelap kerana dapat merosak garis wajah. Warna coklat muda dan kelabu adalah pilihan warna yang tepat.







Saturday, 15 February 2014

8 Cara Pemakaian Tudung

Hai, selamatt malamm !! adaa jugak kesempatan saya malam yang indah ini untuk 
Meng-hapdett Entry kann ? Hehe.

Ok now malam ini saya nak happdet pasal tips Pemakaian Tudung.
Mesti ramai yang suke  Tips-Tips macam ni an ?
oke, pada siape yang suke . Baca dengan teliti yee ;)






1. Janganlah pulak korang pakai tudung yang jarang , nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada korang tu ye . Tetapi , kalau korang nak pakai jugak tudung yang jarang sebab dah beli mahal berbillion kan , korang digalakkan memakai baju lengan panjang . (turtle neck) yang menutupi leher.
Itu adalah salah satu cara yang paling bagus :)

2. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecik comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemas .. Nampak lebih bergaya .. Ecehhh ^_^

3. Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan kelihatan lebih menarik . Gaya tudung ke tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 .. sakit mata memandang yo . hehe.

4. Untuk nampakkan lebih berseri , korang boleh lah gayakan dengan kerongsang yang sesuai . Kedudukan kerongsang juga memainkan peranan yang penting. Misalnya kerongsang yang disemat kan di bahagian baju menampakkan si pemakai kelihatan lebih kemas dan menarik .

5. Korang juga digalakkan memakai baju yang kosong kerana ianya boleh dan mudah dipadankan dengan banyak tudung yang bercorak . hehe . Tapi , saya tak suka pun tudung yang bercorak-corak banyakkk sangat . hek hek :)

6. Dalam pemilihan kerongsang . korang pakailah kerongsang yang bersaiz kecil. Jika tudung korang tu berwarna merah kan , pakailah kerongsang yang bewarna keemasan (gold color) , sementara tudung yang berwarna lain pula dengan kerongsang bewarna perak (silver color).

7. Bagi korang yang berbadan besar tidak digalakkan untuk memakai kerongsang yang besar . Jika mahu yang besar  , cari yang berbentuk panjang ok ? hehe .:) 

8. Jangan tutup bahu dengan tudung korang tu ! Nanti , badan korang akan kelihatan lebih besar . So , korang boleh lah sematkat dengan kerongsang yang kecil dan lekatkan di bahagian baju supaya tidak nampak menggelebeh. hehe :)



Wednesday, 5 February 2014

FISHTAIL YANG SANGAT CANTIK



Kepada wanita wanita di luar sanaa, hari ni saya nak mengupdate blog sayaa ni bertujuan untuk korang tengok Fishtail bagi muslimah diluar sana. Ianya sangaat cantikk plusspluss menarik tauu. Rugilaa kalau korang tak beli, peluang hanya datang sekali jee tau. Fishtail ni terdapat di Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India. 

Kali ni saya nak memperkenalkan kepada korang dua rekaan Fishtail yang TERBARU, iaitu '' COTTON FISHTAIL '' , '' CROSS FISHTAIL " . sabar sabar saya akan tunjuk kat korang gambar dia. colour yang diberi sangatlaa cantik dan mampu menyerlahkan diri anda semua tauu. orang tengok kompommm cakap WOWWW ! . *heartattack cantiknyaaa. 
k kat bawah ni ialah '' CROSS FISHTAIL ".





Gambar di atas nie adalah kurung fishtail silang. Diperbuat daripada COTTON + CHIFFON. Tidak jarang dan lembut dipakai. tidak panas. Sesuai di pakai ke majlis formal. BAJU + SKIRT (FULLSET). STANDARD HARGA : RM 140


                                                        Yang ni pulak Fishtail Cotton Plain.







Baju ini adalah jubah Fishtail yang labuh dibelakang. Diperbuat daripada COTTON STRETCHABLE. Muat dari saiz 36 - 44 sahaja.
Tidak melekat di badan dan selesa dipakai. Kain sejuk. tidak gatal bile dipakai. Sesuai ke Majlis Formal dan Majlis Perkahwinan.
Standard Harga RM 100.


Untuk makluman semua, Fishtail cross la yang paling mendapat sambutan. Yang plain tu sesuai bagi yang suka kan sederhana tapi tetap tampil elegan :) kedua-dua fishtail nie sesuai untuk digayakan ke majlis formal ataupun tidak. 


Tuesday, 4 February 2014

Fashion Muslimah



Assalamualaikum dan hi semua,

Sekarang ni dah ramai remaja perempuan gila Fashion Muslimah. Apatah lagi wanita yang Berkerjaya dan sudah berumah tangga. Tu
dung yang direka untuk menutup aurat bagi seorang muslimah seperti kite. Dengan pelbagai gaya tudung baru dari Istanbul, Kaherah, Dubai dan Los Angeles, Wanita Muslimah mempunyai alternatif yang lebih untuk Berhijab daripada sebelum ini, dan mengayakan tudung eksklusif.

Sunday, 2 February 2014

Cara Memakai Jilbab Modern

 Hai, hari ni saya nak bagi tutorial sikit cara pemakaian tudung Jilbab.

Gambar Cara Memakai Jilbab Modern yang Trendy di masa sekarang menjadi perbualan wanita di zaman ini. Semoga dengan berbagai gambar dan cara-cara pemakaian tudung ini menjadi inspirasi semua wanita di luar sana. Menjelang Aidil Fitri akan datang, Kaum Hawa pasti menginginkan satu Model dan Gaya yang menawan.